Jumaat, 19 November 2010

Kesengsaraan di dalam Neraka

Allah SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih, kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa AS serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’ir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah SWT.

Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu, Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah, setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, setiap kampung mempunyai 70,000 rumah, setiap rumah mempunyai 70,000 bilik, setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai, setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat."

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan jin dan manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka. Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami selamatkanlah."

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Di setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 kolah bisa.

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah SWT dari neraka jahannam." Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."


Petikan : http://abumusa2.blogspot.com

Rabu, 3 November 2010

Cara Berpakaian

Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan
wanita pada zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26)

Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya tersebut. Jika suami merasakan bahawa isteri masih lagi belum melaksanakan syariat sepenuhnya, berusahalah membimbingnya dengan cara yang baik. Berilah nasihat dengan lemah lembut tapi tegas agar isteri faham bahawa menutup aurat dengan betul dan sempurna itu bukanlah perkara remeh, tetapi ianya merupakan perkara wajib. Jika suami masih membiarkan isterinya menampakkan bentuk tubuhnya, maka suami tetap berdosa kerana tidak mengendahkan tuntutan syarak.

Selasa, 26 Oktober 2010

Migrasi Orang Banjar

Orang Banjar bermigrasi secara beramai-ramai ke Semenanjung Malaysia pada awal abad ke-20, kerana adanya “faktor penolak” seperti keresahan politik dan tekanan penjajah Belanda di Kalimantan Selatan, dan “faktor penarik” seperti peluang membuka dan memiliki tanah di Semenanjung Malaysia.Pada masa kini “faktor penolak” dari Kalimantan Selatan, seperti kemiskinan dan tekanan ekonomi mungkin masih ada. Akan tetapi, “faktor penarik” dari Semenanjung Malaysia sudah tidak ada lagi.


Walaupun kini di Semenanjung Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan, tetapi pekerjaan yang terbuka untuk para migran ialah pekerjaan sebagai kuli yang rendah statusnya. Di samping itu, orang Banjar kini mempunyai banyak tempat pilihan untuk mereka bermigrasi.PengenalanPada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 migrasi dari Indonesia ke Semenanjung Malaysia (Malaya atau Tanah Melayu pada waktu itu) berlaku secara besar-besaran. Pelbagai suku bangsa dari Indonesia telah bermigrasi ke Tanah Melayu. Antara tujuan mereka datang ialah untuk merebut peluang ekonomi yang terbuka luas pada masa itu, khasnya untuk bekerja sebagai buruh di perkebunan asing atau untuk membuka tanah sebagai petani kecil. Mengikut Banci (sensus) Penduduk Malaya tahun 1947, yang paling ramai datang ke Semenanjung Malaysia pada masa itu ialah orang Jawa, sementara orang Banjar adalah yang kedua ramai selepas orang Jawa.Pada masa kini, migrasi orang Jawa, bersama-sama dengan orang Madura dan Boyan ke Semenanjung Malaysia masih berterusan. Orang Jawa masih merupakan kumpulan etnik terbesar yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia mulai tahun 1970-an. Akan tetapi, migrasi orang Banjar ke Semenanjung Malaysia nampaknya tidak berterusan. Terlalu kurang sekali orang Banjar dari Kalimantan Selatan yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia dalam era 1970-an hingga kini. Jika ditemui sebilangan kecil pekerja migran Banjar dari Indonesia, mereka bukan berasal dari Kalimantan Selatan, tetapi umumnya dari Riau dan Jambi atau Sumatera Utara.


Orang Banjar dari Kalimantan Selatan dikatakan bukan tidak ada yang bermigrasi ke luar negara. Akan tetapi destinasi mereka kini ialah Mekah dan Madinah, dan mungkin juga Sabah dan Sarawak; bukan Semenanjung Malaysia. Di samping itu, mereka yang bermigrasi ke luar negara mungkin merupakan golongan kecil sahaja berbanding dengan mereka yang tidak meninggalkan tanah air mereka.Oleh yang demikian, makalah ini ingin meninjau migrasi orang Banjar ke Semenanjung Malaysia pada dua zaman: pada awal abad ke-20 dan pada masa kini. Persoalan utama yang akan dibincangkan ialah mengapa ramai orang Banjar yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia pada awal abad ke-20, dan mengapa pula sedikit sekali orang Banjar yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia pada masa kini? Untuk menjawab persoalan tersebut, akan diteliti faktor-faktor yang menyebabkan orang Banjar bermigrasi beramai-ramai ke Semenanjung Malaysia pada awal abad ke-20, dan faktor-faktor apa pula yang menyebabkan orang Banjar kurang sekali bermigrasi ke Semenanjung Malaysia pada masa kini.Bagaimanapun, sebelum meninjau migrasi orang Banjar pada awal abad ke-20, mungkin ada baiknya jika ditinjau lebih dahulu secara ringkas migrasi orang Banjar ke Semenanjung Malaysia pada akhir abad ke-19.Migrasi pada Akhir Abad ke-19Sebenarnya tidaklah dapat dipastikan bilakah tarikh paling awal orang Banjar dari Kalimantan Selatan bermigrasi ke Tanah Melayu. Mengikut Tajuddin Noor Ganie (2004) pada tahun 1780 dan 1862 telah berlaku migrasi orang Banjar secara besar-besaran ke pulau Sumatera.


Orang Banjar yang menjadi migran pada tahun 1780 itu ialah para pendukung Pangeran Amir yang menderita kekalahan dalam perang saudara antara sesama bangsawan kerajaan Banjar, iaitu raja usurpatur Pangeran Tahmidullah. Mereka mesti melarikan diri dari wilayah kerajaan Banjar, kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhi hukuman mati.Yang menjadi migran pada tahun 1862 pula ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka mesti melarikan diri dari pusat pemerintahan Banjar di kota Martapura, kerana kedudukan mereka sudah terdesak sedemikian rupa. Pasukan Residen Belanda sudah berjaya menguasai kota-kota besar di wilayah kerajaan Banjar. Pangeran Antasari sendiri sudah memindahkan pusat perlawanannya ke daerah Muara Teweh, di Kalimantan Tengah. Dalam hal ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sebahagian orang Banjar yang bermigrasi ke pulau Sumatera itu kemudian telah bermigrasi pula ke Tanah Melayu. Akan tetapi, bilakah tarikh paling awal mereka bermigrasi ke Tanah Melayu tidaklah diketahui.Namun, berdasarkan maklumat yang diberi oleh beberapa orang informer dipercayai di sekitar tahun 1870-an sudah ada orang Banjar yang sampai ke Tanah Melayu (Ghazali Basri 1974/75: 9). Seperti yang dibayangkan oleh Ganie (2004) kedatangan orang Banjar pada masa itu banyak didorong oleh pergolakan politik yang berlaku di negeri Banjar, khasnya penaklukan Belanda ke atas kerajaan Banjar pada tahun 1860.Mengikut Ghazali Basri (1974/75: 9) sebagai reaksi kepada penaklukan Belanda itu ramai golongan pembesar, terutamanya golongan Pangeran dan Gusti yang melarikan diri ke hutan-hutan untuk melakukan serangan balas terhadap Belanda. Mereka yang mahu bekerjasama dengan Belanda dilantik menjadi pegawai atau pembesar dalam pemerintahan Belanda di Banjar, tetapi pihak yang menentang atau tidak mahu bekerjasama sentiasa diburu oleh Belanda. Oleh kerana terus diburu oleh Belanda, ramai yang meninggalkan negeri Banjar dan berhijrah ke tempat lain.


Pada mulanya mereka berhijrah ke satu tempat bernama Tongkal di pantai timur pulau Sumatera. Kemudian sebahagiannya menyeberangi Selat Melaka lalu membuat penempatan di Semenanjung Tanah Melayu.Salah seorang pembesar Banjar yang terawal sampai ke Tanah Melayu ialah Gusti Anang. Beliau dikatakan datang ke Tanah Melayu di sekitar tahun 1880-an dan mula-mula tinggal di Batu Pahat, Johor Kemudian beliau berpindah dan menetap di daerah Krian, Perak sehingga meninggal dunia pada awal tahun 1973. Semasa hayatnya beliau pernah berulang-alik ke Banjar tidak kurang daripada tiga kali (Ghazali Basri 1974/75: 9).Mengikut Ghazali Basri (1974/75: 10) lagi ketika dia melakukan kajiannya pada pertengahan tahun 1970-an, orang-orang Banjar keturunan Pangeran masih terdapat di kampung Banjar, Teluk Intan, Perak. Orang-orang keturunan Gusti pula masih terdapat di Bagan Datoh, Perak, di Sungai Besar, Selangor dan di Batu Pahat, Johor. Antara saki baki keturunan kerabat di Raja Banjar itu ialah keluarga Gusti Noh di Bagan Datoh, dan keluarga Gusti Idris di Sungai Besar.


Pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua,keturunan Pangeran dan Gusti itu dikatakan sangat dihormati oleh orang-orang Banjar di Semenanjung Tanah Melayu, kerana status mereka yang tinggi. Akan tetapi, pada masa kini penghormatan sedemikian sudah tidak ada lagi. Antara sebabnya ialah kebanyakan keturunan Pangeran dan Gusti itu tidak berharta. Hal ini demikian, kerana ketika mula-mula datang ke Tanah Melayu dahulu, para pengikut mereka bekerja keras untuk memperoleh seberapa banyak tanah untuk dijadikan harta. Sebaliknya, golongan Pangeran dan Gusti itu tidak berbuat demikian, dan hanya berpuas hati dengan penghormatan dan sedikit pemberian daripada pengikut mereka.Migrasi pada Awal Abad ke-20 Mengikut Tajuddin (2004) orang Banjar sekali lagi melakukan migrasi secara besar-besaran ke pulau Sumatera pada tahun 1905. Antara sebabnya ialah Sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Banjar ketika itu telah mati shahid di tangan pasukan tentera Belanda. Mereka terpaksa melarikan diri, kerana tidak mahu hidup di bawah pemerintahan Belanda. Di antara mereka yang melarikan diri ke pulau Sumatera itu tentu ada yang berhijrah pula ke Semenanjung Tanah Melayu seperti pada masa sebelumnya.Pada masa yang sama, ada pula orang Banjar yang terus berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu, kerana mengikut Hasan Basri (1988: 47) di samping pulau Sumatera, Tanah Melayu adalah tumpuan utama penghijrahan orang-orang Banjar pada masa itu.Oleh yang demikian, mengikut banci penduduk Malaya tahun 1911, pada tahun tersebut sudah ada 21,227 orang Banjar di Tanah Melayu. 81% daripada mereka tinggal di Perak, 13.5% di Selangor dan 3.7% di Johor. Orang Banjar ada juga dinegeri-negeri lain, tetapi bilangannya tersangat kecil. Lebih 88% orang banjar di Perak tinggal di daerah Krian, sementara kebanyakan orang Banjar di Selangor pula tinggal di Kuala Langat (Tunku Shamsul Bahrin 1964: 150).Pada tahun 1921 orang Banjar di Tanah Melayu meningkat hampir 80% menjadi 37,484 orang. Peningkatan paling besar berlaku di Johor, dari 782 orang pada tahun 1911 menjadi 8,365 orang pada tahun 1921. Kebanyakan orang Banjar di Johor ditemui di Batu Pahat (5,711 orang) dan di Kukub (1,166 orang). Di Perak peningkatan orang Banjar berlaku di daerah Hilir Perak, sementara di Selangor pula berlaku di daerah Kuala Selangor (Tunku Shamsul Bahrin 1964: 151).Antara tahun 1921 hingga 1931 penduduk Banjar di Tanah Melayu bertambah 7,503 orang menjadi 45,351 orang. Perak, Johor dan Selangor masih merupakan tiga negeri di mana bilangan orang Banjar paling ramai. Dalam tiga negeri inilah tinggal 96% orang Banjar di Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam period itu berlaku sedikit perubahan dalam taburan orang Banjar di Tanah Melayu. Jika sebelum itu, lebih 50% orang Banjar tinggal di Perak, pada tahun 1931, bilangan orang Banjar di negeri itu telah berkurang. Sebaliknya, bilangan orang Banjar di Johor dan Selangor telah bertambah, kerana sebahagian orang Banjar di Perak telah berpindah ke Johor dan Selangor yang mengalami pembangunan ekonomi yang lebih pesat.


Antara tahun 1931 dan 1947, walaupun berlaku krisis ekonomi pada awal tahun 1930-an dan kekacauan pada zaman pendudukan Jepun, orang Banjar di Tanah Melayu terus meningkat pada kadar 2.5% setahun. Bagaimanapun, dalam period ini, pengurangan penduduk Banjar telah berlaku di Johor, khasnya di daerah Batu Pahat, di mana mereka sebelumnya mengusahakan kebun kecil getah. Sebahagian daripada mereka berpindah ke pulau Sumatera, sementara sebahagian lagi berpindah ke kawasan padi di Kuala Selangor, Krian dan Hilir Perak, dengan tujuan untuk mengelakkan kebuluran. Dengan perpindahan mereka ini, penduduk Banjar di Perak meningkat kembali sehingga melebihi 50% daripada keseluruhan penduduk Banjar di Semenanjung Tanah Melayu (Tunku Shamsul Bahrin, 1964: 153).Hal ini memang benar bagi orang Banjar yang bermigrasi ke Tanah Melayu. Kebanyakan orang Banjar yang tinggal di Krian, Hilir Perak dan Kuala Selangor adalah penanam padi, walaupun ada juga yang mengusahakan kebun kecil kelapa atau getah. Kebanyakan orang Banjar di Batu Pahat pula mengusahakan kebun kecil kelapa atau getah, tetapi ada juga yang bersawah padi. Pada masa permulaan, orang Banjar dianggap sebagai kelompok yang terbaik dalam hal membuka hutan dan menggali parit (Mochtar Naim 1984: 43-44).Mengenai faktor yang mendorong orang Banjar bermigrasi, adalah menarik kita meneliti pendapat tiga pengkaji yang berikut: Mochtar Naim (1984), Hasan Basri (1988) dan Tunku Shamsul Bahrin (1964).Mengikut pendapat Mochtar Naim (1984:42)Walaupun orang Bugis, Banjar dan Bawean (Boyan) datang dari pulau-pulau yang berlainan, mereka nampaknya mempunyai sikap yang hampir serupa mengenai migrasi. Mereka terdorong untuk bermigrasi bukan kerana alasan adat atau pola-pola sosial, melainkan kerana tekanan ekonomi dan peperangan.Bagaimanapun, antara “tekanan ekonomi dan peperangan” itu, Mochtar Naim mungkin (1984: 287) lebih menekankan faktor ekonomi, apabila dia menyatakan di tempat lain.


Kehadiran sejumlah besar orang-orang Bugis dan Banjar di daerah-daerah Pesisir Timur Sumatera dan di Malaysia kelihatannya lebih bermotifkan ekonomi daripada dorongan sosial yang terbit dari sistem sosial mereka masing-masing di Sulawesi Selatan dan Kalimantan Selatan.Jika pendapat Mochtar Naim ini kita kaitkan dengan tahap-tahap migrasi orang Banjar, kita mungkin boleh mengatakan bahawa migrasi orang Banjar pada peringkat awal hingga akhir abad 19 lebih banyak didorong oleh faktor peperangan. Sebaliknya, migrasi orang Banjar mulai awal abad ke-20 lebih banyak didorong oleh faktor ekonomi.Pendapat Hasan Basri tidaklah begitu berbeza daripada pendapat Mochtar Naim. ”Bagaimanapun, motif ekonomi itu mungkin merupakan faktor yang penting bagi migrasi yang bermula pada awal abad ke-20. Bagi migrasi pada permulaan dan akhir abad ke-19, motif ekonomi kelihatannya perlu ditinjau kembali, kerana daerah asal migran, seperti Banjarmasin, Amuntai, Kandangan, Barabai dan Tanjung ternyata memiliki potensi ekonomi yang cukup baik. Kesemua daerah itu adalah daerah penghasil beras utama di Kalimantan Selatan.Oleh itu,bagi migrasi orang Banjar pada permulaan dan akhir abad ke-19, Hasan Basri (1988:52-53) berpendapat:faktor geografi dan ekonomi dapat dipandang sebagai faktor yang potensial tetapi tidak mendorong, sedangkan faktor keresahan politik menjadi kekuatan migrasi yang efektif mendorong.Hasan Basri membayangkan “keresahan politik” itu timbul akibat perebutan takhta di kalangan keluarga raja, penaklukan kerajaan Banjar oleh penjajah Belanda dan pengenaan pelbagai cukai yang membebankan rakyat sejak penjajah Belanda campur tangan dalam pemerintahan Banjar.


Keresahan politik itu mendorong orang Banjar meninggalkan negeri mereka pada akhir abad ke-19.Sementara itu, Tunku Shamsul Bahrin (1964: 47-49) menekankan peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu, khasnya peluang memiliki tanah yang telah disediakan dengan sistem pengairan, sebagai satu faktor yang “menarik” orang-orang Indonesia, khasnya orang Banjar untuk datang ke Tanah Melayu. Pada masa yang sama, pelbagai cukai yang membebankan, yang dikenakan oleh pemerintah Belanda, seperti cukai kerja (labour tax), cukai tanah, cukai poll, dan cukai peribadi, telah “menolak” orang-orang Indonesia supaya meninggalkan tanah air mereka dan berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu.Dalam kes orang Banjar, apa yang menarik ialah mereka terus menetap di Tanah Melayu setelah berusaha membuka tanah dan membuat kampung halaman di negara ini. Dengan itu, kawasan yang menjadi tumpuan migrasi orang Banjar pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua dahulu, seperti daerah Krian dan Perak Tengah (Perak), Kuala Selangor dan Sabak Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor) terus kekal sebagai penempatan utama*Sumber: Amarhayat/Al-Banjari 

Rabu, 20 Oktober 2010

Asal Usul Banjar


Asal usul orang Banjar
Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.

Mereka menggunakan
bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.

Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan mengenai asal usul orang Banjar. Pertama, pendekatan primordialisme yang dikemukakan oleh Alfani Daud. Kedua, pendekatan konstruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986), kemudian dikembangkan oleh Marko Mahin (2004).
[

Banjar Pahuluan
Banjar Batang Banyu
Banjar Kuala
Banjar Alai
Banjar Kaluak


Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan

Penghijrahan ke Sumatera dan Malaysia

Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.

Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara
Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.

Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri
Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah
Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.
Hubungan dengan kaum Dayak

Hubungan antara suku Banjar dan kaum
Dayak selalunya dalam keadaan baik. Beberapa kaum Dayak masuk Islam dan berasimilasi dengan budaya suku Banjar serta memanggil diri mereka orang Banjar. Kaum Dayak menganggap suku Banjar sebagai saudara. Ini diperkuatkan lagi dengan banyaknya perkahwinan antara suku Banjar dan kaum Dayak termasuk pada peringkat raja. Contohnya, Biang Lawai, isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju.

Hubungan ini menjadi kuat apabila mereka berhadapan dengan penjajahan. Mereka bersama-sama berperang dan beberapa pejuang yang terlibat dalam
Perang Banjar adalah dari etnik Dayak. Contohnya.
Panglima Batur, dari etnik Dayak Siang Murung
Panglima Wangkang, ayahnya Dayak Bakumpai dan ibunya Banjar
Panglima Batu Balot (Tumenggung Marha Lahew), pahlawan wanita yang menyerang Kubu Muara Teweh pada tahun 1864-1865.

Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang daripada
Bahasa Melayu. Asal bahasa ini adalah di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dikatakan berasal daripada bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).

Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh
bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak.

Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok
dialek iaitu:
Bahasa Banjar Hulu
Bahasa Banjar Kuala

Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.

Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.

Orang-orang
Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan
bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.

Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi

Profil pembesar Kerajaan Banjar sekitar tahun 1850 koleksi Muzium Lambung Mangkurat.

Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.

Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:
Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)
Budaya dan agama

Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa
ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.
sunting] Pendekatan primordialisme

Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku
Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:

Jumaat, 15 Oktober 2010

Sultan Suriansyah Raja Banjar Pertama (1526-1550)

Masjid Sultan Suriansyah atau Masjid Kuin adalah sebuah masjid bersejarah yang merupakan masjid tertua di Kalimantan Selatan. Masjid ini dibangun di masa pemerintahan Sultan Suriansyah (1526-1550), raja Banjar pertama yang memeluk agamaIslam.[1] Masjid Kuin merupakan salah satu dari tiga masjid tertua yang ada di kota Banjarmasin pada masa Mufti Jamaluddin (Mufti Banjarmasin), masjid yang lainnya adalah Masjid Besar (Masjid Jami) dan Masjid Basirih.[2] Masjid ini terletak di Kelurahan Kuin Utara, Banjarmasin Utara, Banjarmasin, kawasan yang dikenal sebagai Banjar Lama merupakan situs ibukota Kesultanan Banjaryang pertama kali. Masjid ini letaknya berdekatan dengan komplek makam Sultan Suriansyah dan di seberangnya terdapat sungai kuin.
Bentuk arsitektur dengan konstruksi panggung dan beratap tumpang, merupakan masjid bergaya tradisional Banjar. Masjid bergaya tradisional Banjar pada bagian mihrabnya memiliki atap sendiri terpisah dengan bangunan induk. Masjid ini didirikan di tepi sungai Kuin.
Kekunoan masjid ini dapat dilihat pada 2 buah inskripsi yang tertulis pada bidang berbentuk segi delapan berukuran 50 cm x 50 cm yakni pada dua daun pintu Lawang Agung. Pada daun pintu sebelah kanan terdapat 5 baris inskripsi Arab-Melayu berbunyi : " Ba'da hijratun Nabi Shalallahu 'alahihi wassalam sunnah 1159 pada Tahun Wawu ngaran Sultan Tamjidillah Kerajaan dalam Negeri Banjar dalam tanah tinggalan Yang mulia." Sedangkan pada daun pintu sebelah kiri terdapat 5 baris inskripsi Arab-Melayu berbunyi: "KiaiDamang Astungkara mendirikan wakaf Lawang Agung Masjid di Nagri Banjar Darussalam pada hari Isnain pada sapuluh hari bulan Sya'ban tatkala itu (tidak terbaca)" . Kedua inskripsi ini menunjukkan pada hari Senin tanghgal 10 Sya'ban 1159 telah berlangsung pembuatan Lawang Agung (renovasi masjid) oleh Kiai Demang Astungkara pada masa pemerintahan Sultan Tamjidillah I (1734-1759).
Pada mimbar yang terbuat dari kayu ulin terdapat pelengkung mimbar dengan kaligrafi berbunyi "Allah Muhammadarasulullah". Pada bagian kanan atas terdapat tulisan "Krono Legi : Hijrah 1296 bulan Rajab hari Selasa tanggal 17", sedang pada bagian kiri terdapat tulisan : "Allah subhanu wal hamdi al-Haj Muhammad Ali al-Najri".
Pola ruang pada Masjid Sultan Suriansyah merupakan pola ruang dari arsitektur Masjid Agung Demak yang dibawa bersamaan dengan masuknya agama Islam ke daerah ini oleh Khatib Dayan. Arsitektur mesjid Agung Demak sendiri dipengaruhi oleh arsitektur Jawa Kuno pada masa kerajaan Hindu. Identifikasi pengaruh arsitektur tersebut tampil pada tiga aspek pokok dari arsitektur Jawa Hindu yang dipenuhi oleh masjid tersebut. Tiga aspek tersebut : atap meru, ruang keramat (cella) dan tiang guru yang melingkupi ruang cella. Meru merupakan ciri khas atap bangunan suci di Jawa dan Bali. Bentuk atap yang bertingkat dan mengecil ke atas merupakan lambang vertikalitas dan orientasi kekuasaan ke atas. Bangunan yang dianggap paling suci dan dan penting memiliki tingkat atap paling banyak dan paling tinggi. Ciri atap meru tampak pada Masjid Sultan Suriansyah yang memiliki atap bertingkat sebagai bangunan terpenting di daerah tersebut. Bentuk atap yang besar dan dominan, memberikan kesan ruang dibawahnya merupakan ruang suci (keramat) yang biasa disebut cella. Tiang guru adalah tiang-tiang yang melingkupi ruang cella (ruang keramat). Ruang cella yang dilingkupi tiang-tiang guru terdapat di depan ruang mihrab, yang berarti secara kosmologi cella lebih penting dari mihrab
Sultan Suryanullah [5] atau Sultan Suriansyah[6] atau Sultan Suria Angsa[7] adalah Raja Banjarmasih I yang memerintah tahun 1520-1550, dan menjadi raja pertama yang memeluk Islam kemudian bergelar Sultan di Kesultanan Banjar. Setelah mangkat Sultan ini mendapat gelar anumerta Panembahan Batu Habang atau Susuhunan Batu Habang, yang dinamakan berdasarkan warna merah (habang) pada batu yang menutupi makamnya di Komplek Makam Sultan Suriansyah di kecamatan Banjarmasin Utara, Banjarmasin, Kalimantan Selatan.
Nama kecilnya adalah Raden Samudera kemudian ketika diangkat menjadi Raja di Banjarmasih oleh para patih, namanya menjadi Pangeran Samudera atau Pangeran Jaya Samudera. Kemudian memakai gelar Sultan Suriansyah, dari kata surya (matahari) dan syah (raja) yang disesuaikan dengan gelar dari Raden Putra (Rahadyan Putra) yaitu Suryanata (nata = raja) seorang pendiri dinasti di zaman kerajaan Hindu sebelumnya.
Selain itu gelar lainnya yang dipakai adalah Suryanullah (= matahari Allah), selanjutnya sultan-sultan Banjar berikutnya memakai kata Allah pada nama belakangnya, sedangkan nama belakang syah tidak pernah digunakan lagi oleh penerusnya.
Pada 24 September 1526 bertepatan 6 Zulhijjah 932 H, Pangeran Samudera memeluk Islam dan bergelar Sultan Suriansyah. Tanggal ini dijadikan Hari Jadi Kota Banjarmasin, sekarang 483 tahun.
Raden Samudera adalah putera dari Puteri Galuh Beranakan (Ratu Intan Sari) yaitu puteri dari Maharaja Sukarama dari Kerajaan Negara Daha. Dan nama bapaknya adalah Raden Mantri Alu, keponakan Maharaja Sukarama.[3] Nama "Suriansyah" sering dipakai sebagai nama anak laki-laki suku Banjar atau orang Melayu-Kalimantan.